Wednesday, October 21, 2009

Awat malas tah!!

lama tak posting.. haven't been feeling well lately what can i say.. erm final exam pun dah dekat dah.. Still haven't got the mood to start again.. Tapi Insya-Allah ill start balik rit after exam.. hihi.. byk citer nak dikongsi n byk idea nak dicurahkan.. tapi cam biasalah ayat yang salu digunakan'ON DA WAY' haha.. well to those that will be facing the Finals 'ALL DA BEST'.. 'GAMBATE' !! =)

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN =)

Cepat betul kali nih ramadhan berlalu. Sedar tak sedar dah sampai ke penghujung bulan nih. Sedih dan sayu sangat rasanya. huhu.. banyak aim yang tak tercapai lagi pada bulan nih.. tapi still tak bermakna terhenti disituh saja.. jom kita teruskan amalan yang telah kita lakukan sepanjang bulan ramadhan ini dan semarakan lagi tahun ini dengan ibadah dan bukan setakat terhenti disituh sahaja. So ana rasa nak stop sat blogging hihi. Holiday maaa!! simpan idea lepas cutih. To All my muslim brothers n sisters.... i wish you all SELAMAT HARI RAYA and MAAF ZAHIR BATIN for all my wrong doings.... harap kita dapat maaf memaafkan time raya nih okep.. so kira 0-0 lah ek.. kalau tak puas hati lagi terus jumpa gua.. n to all the others have a happy holiday... n again : SELAAAAAAAAAAAAMAAAAAAAAAT HAAAAAAAARIIIIIII RAAAAAAYAAAAAAAAAA!!! ^_^
(dengan nada lagu hihi)

iftar n Terawikh: Masjid BESI !!

So rasanya nih penjelajahan terakhir iftar ana haha.... asyik dengar member jer pi akhirnya dapat juga kesempatan untuk menjenguk masjid nih...masjid nih adalah masjid Sultan Mizan Zainal Abidin that is agong kita dan ia lebih dikenali sebagai Masjid Besi. Baru di rasmikan bulan nih so agak new lah. Mantap gaklah design die.. words cant explain everything so lets take a look..



sebelum berbuka makan juadah ringan dulu..(takut makmum tak larat solat haha. gud strategy)

So nih gamba the inside of the masjid..:



layan blues. lawa gaklah pemandangan putrajaya dari masjid nih
(air kat depan tuh smart gaklah)


here comes the main course... hihi


kubah masjid nih


mimbar


nih yang sempoi masjid nih siap ada garden inside sekali ngan pancutan air.
satu lagi yang sempoi tuh dia punya konsep open air. So kira cam takde aircond lah (jimat elektrik agaknya haha). Agak fresh sikit suasananya n nyaman (ke sebab tengah hujan lol!!).


tempat wuduk lelaki...



tuh je yang sempat ana tangkap... lain kali leh pi lagi.... nak jelajah mana lak lepas nih hmm....??
ramadhan pun nak habis dah huhu. Sedih bangat sih mikirinnya..!!

Wednesday, September 16, 2009

Diari: Sahur??

Salam... erm asyik cerita pasal iftar jerk haha... anyway tah bila tah ana tak igt.. ikhwah PEMBINA Shakur n da geng ada wat iftar jamie kat umah diorang. So housemate ana semua dijemput. Ramai gaklah yang mai.. Menu nasi Arab ofcourse 'pergh'.. Shakur promote abis nasi yang dia masak haha.. seterusnya terawikh sekali lepas tuh.. abis terawikh ada slot pengisian sementara tunggu moreh siap. n 'Tada' banana split siap . Ana sempat balun 2 mangkuk hihi. (tuh yang dapat idea banana split utk SAQ tuh).. tapi yang lawaknya bukan kat situh..

later that morning ada call kat telephone umah .. terkejut semua orang dalam umah.. tak pernah2 orang call guna telephone rumah. Ana yang tengah mamai pun angkatlah. Tah mamat mana yang suruh bangun sahur. Brain ana pun time tuh tgh baru nak start functioning so ana tersalah compute maklumat. Ana ingat yang call tuh Shakur coz ana ada teringat dia ada ajak makan sahur tapi ajak hangat2 taik ayam jelah. Ana pun dengan malasnya kerah semua orang serang rumah shakur utk bersahur. Shah, member ana yang paling tak nak pi. Tapi atas dasar orang dah ajak pi lah gak. bukan main terkejut kepalang ikhwah kat DI (darul ikhwan: umah shakur n the geng). Member ana tengok kat dalam semua tengah tidoq lagi so ana pi tengok kat belakang ada dua mamat tengah bersahur. Ternganga mulut diorang tengok kitorang datang HAHA. dah lah member ana Shah cakap ngan agak kuat " mana dia makanan?!!". Takleh lupa expression kat muka diorang tuh haha. Diorang time tuh tengah sahur buah tamar ngan air kosong jer. Mesti dalam hati terfiikir nak jamu tetamu ngan apa kan?? Shakur ngan rasa serba-salah n bertanggungjawab terus bangun n watkan sahur utk kitorang. Air teh ngan biskut kosong jadiklah.. Syukran.. balik tuh tak pikir apa ngantuk nak katakan.. tapi malam tuh memang tergelak terbahak-bahaklah coz rupanya yang call tadi tuh Bro Qayyim housemate ana yang terpaksa balik jenguk keluarga...HAHA adeh... ana nak ucapkan sori kat ikhwah DI once again. Memang sahur yang ana takkan lupakan sampai bila2????.. hihi.. =)

Monday, September 14, 2009

IFTAR di DK!!

Ana lupa nak post nih.. so pada ramadhan minggu kedua ikhwah KiDHL (KARISMA ikhwah daerah Hulu Langat) ada buat majlis iftar kat umah ana dat is DK (Darul Khoir)... yang hadir adalah ikhwah dari GMI, UKM, UNITEN, KUIS, MFI dan sekolah Al-Amin bangi serta berapa pakcik kenalan kitorang. I think around 57 altogather




( team masak lauk)



pergh mengeliur gua



(team sayur, potong jgn tak potong)



(team penanak nasik)


pendaftaran ahli



pengisian sebelum berbuka


ana tak sempat ambik gamba lepas tuh coz hurry nak kejar masa ada test lepas tuh kat library UNITEN...huhu. dapat makan sikit jer.. sades


balik dari test sambung makan (GG jambang, Syah, akh Fadli, Luq, Airil, Irsyad)


BRO GG yang dah tak larat dah bagaikan ular sawa lepas makan



Sambung Qiam di UKM n sekali sahur



al-Mathurat n pengisian before balik


malas nak tulis panjang2... anyhow walaupun penat n pening tapi still best...

semoga dapat buat lagi banyak prog seumpama ni in the near furture =)

Friday, September 11, 2009

diari: lepas test

pergh dis week memang pening kepalak.. yesterday baru abis test so what i can say is rasa LEGA TERAMAT... pergh dis week memang pening kepalak.. . after test adalah keje sikit coz SAQ (sahabat al-Quran uniten) ada arrange program iftar n qiam semalam. Nak kata tunggang langgang pun boleh coz my unit that is IP unit wat keje last minit (i wanna say sori to my sisters on behalf of brothers hihi). Pastuh kene gak rush ke COIT coz ada nasyid performance, first time for me. belatih pun dak adush. So i asked my friend camner dak2 nasyid berlatih. pastuh dia kata 'performance is practice' pulak dah haha. tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. After that kene balik cepat masjid tolong budak2 arange makanan. Kene perli memanjang wat keje last minit (biasalah kah2). Ok gaklah menu: nasi beriani, moreh lak banana split n cheesecake and finally sahur nasi goreng n telur mata so no complain =). Pengisian pada malam tersebut diberi oleh ust Adnan tentang iman dan Qalb. memang tahap pecah kepala falsafah dia haha. malam ada wat tadarus sikit n disambung ngan Qiam pada awal pagi. In the morning lak ada bacaan al-Mathurat sughra yang di sughrakan lagi haha (konsep syakurlah nih). N last before we went back ada pengisian oleh ust Aziz. Just to quote a few words from them..

ust Adnan:
” Kita haruslah keluar dari kepompong kumpulan kita untuk beri juga peringatan kepada orang lain dan tidak hanya selesa berada dalam kelompok kita sahaja”

ust Aziz:
” in the end apa yang kita kerjakan dan kita usahakan adalah untuk mencari redha Allah”

(ana tulis in my own words okep) so apa yang ana leh conclude kita haruslah menjadi individu yang soleh wa musleh..(erk betul ke ayat tuh) that is kita sentiasa mahu memperbaiki diri kita dan kita juga memperbaiki our friends around us. N semoga dengan amal kita tuh Allah redha utk kita masuk SyurgaNya. so that’s a wrap …!!

Tuesday, September 8, 2009

DIARI: ERTI MERDEKA

Macam hari jumaat biasa, lepas dengar azan baru bergegas keluar rumah. “Zooooom”, bunyi keretaku membelah angin. Tiba-tiba momentumku terhenti. “Aiseh man, JAM lah pulak!”, rungutku sendiri . Terpaksalah kali ni solat kat masjid kampung sah tak sempat nak sampai kat masjid uniten. Kali pertama aku cuba solat kat sini. Boleh tahan ramai juga jemaah yang berkumpul dekat masjid ni. Tanpa berlengah-lengah ku mencelah para jemaah masjid mencari ruang kosong untuk melabuhkan punggungku ini. Fuh, lega teramat..


Setelah azan kedua dilaungkan khutbah pun bermula. “Tajuk khutbah kali ini adalah penghayatan terhadap Hari Kemerdekaan”, kata mimbar. “Ah tajuk bosan lagi, gerenti tidur lentok punya” , rungutku lagi. “Apakah ertinya kemerdekaan?”, kata mimbar lagi dengan suara yang tegas. Aku tertarik dengan persoalan itu. “Mengapa umat islam di Malaysia masih lagi dibelenggu masalah kemunduran walaupun sudah lama mencapai kemerdekaan? Mengapa mentality kita seolah-olah masih lagi dijajah? Bagaimana pula dengan saudara2 kita yang sedang susah yang tidak dapat merasai nikmat merdeka seperti kita?”, persoalan demi persoalan yang dilepaskan seolah-olah seperti peluru yang ditembak khas untuk menyentak hatiku dan para jemaah lain. Fikiranku mula melayang-layang terbawa-bawa dengan persoalan-persoalan itu.


Aku mula terbayang-bayang muka saudara-saudaraku yang sedang susah di serata dunia. Saudara-saudaraku di Palestine pada masa ini sedang dalam ketakutan diancam pihak zionis yang diburu bagaikan binatang siang dan malam. Bagaimana pula keadaan saudaraku di Iraq yang sedang berhadapan dengan kemelut dalaman akibat campur tangan syaitan bertopengkan manusia. Di Afrika pula masyarakat mereka menghadapi isu ‘starvation’ dan krisis wabak penyakit.


Tetapi aku di sini sebaliknya pula, masih lagi bersenang-senang dengan nikmat yang dikurniakan tuhan. Siang malam aku leka dibuai keindahan dunia dan hiburan pula dijadikan teman. Mengapa aku seringkali terlupakan nasib saudara-saudaraku diluar sana? Bukankah dengan adanya nikmat kemerdekaan ini adanya juga satu tanggungjawab? Adakah aku akan dihukum tuhan di hari pembalasan kerna alpa dan berlepas tangan?

Ku fikir balik betapa untungnya kita dikurniakan kemerdekaan, bukan sahaja kemerdekaan terhadap penjajah yang sudah lama menjajah tanah air kita malah terhadap masalah seperti kelaparan dan jua peperangan. Tetapi malangnya mentality kita masih lagi dijajah dengan hiburan dan urusan seharian yang melalaikan. Mengapa kita masih lagi mundur walaupun setelah lama mencapai kemerdekaan? Mengapa kita berpeluk tubuh dan enggan memberi bantuan?

Sedarlah umatku kemerdekaan ini adalah amanah tuhan…
bangkitlah umatku menyahut seruan,
bersatulah umatku melangkahkan gerakan,
bersamalah umatku menuju kejayaan…


Dalam tidak sedar mataku mula berkaca-kaca dan tersentakku dari lamunan mendengar iqamah dilaungkan. Aku bangkit menyahutnya dan solat jumaat pun dimulakan. Hanyut kami dalam kekhusyukkan melaksanakan ibadah……


LUQY88 9/9/09